Tuesday, 16 July 2013

Foto Terkini Anak Ayu Raudhah & Zakuan Adha

Pejam celik, sekejap sahaja anak pasangan selebriti terkenal, Zakuan Adha dan Ayu Raudhah sudah menginjak usia hampir 4 bulan.

Secara umumnya, bayi lelaki comel pasangan ini telah dilahirkan pada 29 Mac lalu di Hospital Columbia Johor Bharu dan diberi nama sebagai Muhammad Aisy Qaiser.

Menerusi laman Instagram milik pasangan tersebut, mereka telah memuat naik foto terkini bayi comelnya itu yang dilihat semakin membesar dan bertambah comel.

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 3

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 2

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 5

-Ohbulan.Com

Thursday, 20 June 2013

Shila Amzah Buka Mulut Isu Baju Sendat


KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah menganggap tindakannya memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya.
Shila, 23, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai tidak sopan.
"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.
"Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu Shila yang kini bermastautin di Shanghai, China mengakui aktif berkomunikasi dengan peminat-peminatnya melalui laman sosial Instagram dan berkongsi aktivitinya setiap hari.
"Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan masa dengan peminat jika ada masa terluang.
"Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain," jelasnya.
Gambar baju senaman yang menimbulkan kontroversi awal minggu lalu.
Bagaimanapun, kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya.
Sementara itu, diminta mengulas berkaitan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad yang dikatakan rapat dengan seorang pelakon baru berasal daripada Singapura, Elfaiza Ul Huq, Shila menganggap ia adalah perkara peribadi aktor tersebut.
"Hubungan kami sudah berakhir dan itu adalah hak dia untuk berkawan dengan siapa sahaja.
"Bagus untuk dia dan saya harap yang terbaik sahaja," katanya.
Jelas Shila, dia tidak mengikuti perkembangan aktor tersebut berikutan banyak laman web dan laman sosial yang tidak dibenarkan oleh negara tersebut.
"Banyak laman web yang diharamkan di China, jadi saya kurang ambil tahu. Kadang-kadang berita industri hiburan Malaysia pun saya tertinggal," katanya.
Namun, Shila berkata jiwanya kini lebih tenteram dan bahagia dalam menjalani kehidupan dan persekitaran kerja yang baharu.
Dalam perkembangan lain, Shila yang bercuti selama dua minggu sebelum pulang ke China akan melancarkan album terbaharunya dalam masa terdekat.

Panass...Fasha Sandha Terkejut Bila Dimadukan Suami !

KL, 19 JUN 2013: Tidak ada angin, tidak ada ribut, tup tup Murai Batu dapat tahu bahawa aktres Fasha Sandha telah dimadukan suaminya. Murai Batu pasti, sesiapun yang berada di tempat Fasha Sandha pastinya terkejut apabila berdepan dengan situasi ini.

Lebih-lebih lagi apabila dia telah dimadukan dengan seorang gadis yang jadi pilihan keluarga suaminya. Senang cakap, keluarga mentuanya yang aturkan perkahwinan tersebut.

Ishhh… Macam mana tu? Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaan Fasha Sandha kala itu ya. Satu saja, permintaan Murai Batu iaitu semoga Fasha Sandha akan tabah untuk berhadapan dengan dugaan yang seperti ini.
Lebih-lebih lagi apabila suaminya yang kacak iaitu Aaron Aziz terpaksa mengahwini gadis muda bernama Anzalna dalam dalam drama Tentang Hati yang bakal ditayangkan di RTM bermula selepas raya ini.


Haaaa… korang semua. Isu Fasha Sandha dimadukan ini sebenarnya bakal anda saksikan dalam Tentang dia terbitan Global Network Sdn Bhd milik Datin Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar kepada penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza.

Tentang Hati yang diterajui Fasha Sanda dengan Aaron Aziz ini turut dibantu Anzalna dengan Rusdi Ramli dan ia mengisahkan tentang situasi yang terpaksa dilalui Fasha Sandha apabila suaminya Aaroz Aziz dipaksa berkahwin dengan Anzalna oleh keluarganya.

Namun, keadaan itu berlaku kerana keluarga Aaron Aziz tidak mengetahui bahawa anak lelaki mereka itu telah pun mempunyai isteri kerana tanpa pengetahuan keluarga, dia dengan Fasha telah berkahwin senyap-senyap di luar negara.

Panas! Shahz Jaszle & Farah Nurizzati Salleh Bertekak Di Bangsar

Isu kes k.h.a.l.wat Shah Jaszle dan Farah Nurizzati Salleh semakin berlarutan. Mereka dilaporkan gagal mengawal emosi masing-masing pada sesi pertemuan yang diadakan dengan pihak media di Bangsar.


Memetik laporan Harian Metro, pertemuan antara Shahz Jaszle dan Farah Nurizzati diadakan di sebuah restoran di Bangsar. Shahz Jaszle berharap Farah akan menyokong pendiriannya bahawa mereka tiada sebarang hubungan istimewa. Namun, Farah berkeras bahawa dia sudah sebulan bergelar kekasih Shah Jaszle. Malah, Farah mengatakan Shahz sendiri pernah berjanji mahu meninggalkan tunang deminya.

“Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya,” kata Farah yang tidak ragu-ragu mahu menampilkan saksi dan bukti lain seperti kandungan SMS sepanjang mereka bersama.

Shahz pula mendakwa dia tidak pernah menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.

“Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran,” kata Shahz mengikut laporan akhbar tersebut.

Terdahulu, Shahz dan Farah dice.k.up JAIS pada 16 Mei lalu jam 3 pagi di Apartment Taman Sri Subang. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sanggupkah Anda Menerima Awek Cun Sebagai Pasangan Anda Setelah Lihat Badannya?

Adakah Anda Sanggup Ber'Couple' Dengan Gadis Ini?

Kalau dilihat pada rupanya, memang boleh tahan tetapi bila tengok tangannya, errr agak kurang menarik eh. Tetapi bagi admin, mungkin admin sanggup 'couple; dengan dia . hehe. Tetapi apa kata korang?

Dan cuba fikir apa kata orang tua bila tengok anak dia dengan gadis dengan tangan macam itu.




Pelatih PLKN lahir bayi lelaki di tandas kem

MUAR - Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.
  
Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

 Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit yang sedang dirawat tidak membimbangkan.
  
Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.
  
"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.  - Bernama

Gadis 17 Tahun Dirogol & Diliwat Kenalan Facebook

Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.
Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya..

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.

(GAMBAR) Eddie CRK, Kekasih Baru Raja Azmi

Selepas putus cinta dengan pemuda berusia 27 tahun dikenali Hafiz kira-kira lima bulan lepas, kini Raja Azmi telah menemui penggantinya. Eddie, 45, yang merupakan bekas pemain bass kumpulan rock terkenal, CRK pada era 90-an dan berstatus duda dua anak selepas kematian isterinya beberapa tahun lalu, menjadi pilihan Raja Azmi sebagai kekasih.

Nampaknya, peminat merestui hubungan dua selebriti ini memandangkan perbezaan umur mereka tidak terlalu jauh berbanding antara Raja Azmi dan Hafiz. Jarak usia mereka berdua hanya 9 tahun dan cukup ideal jika serius untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat.

Untuk makluman, Raja Azmi telah bercerai dengan Jailani Sidek setahun lepas kerana tidak ada persefahaman. Hasil perkahwinan mereka, Raja Azmi dan Jailani Sidek telah dikurniakan tiga orang anak dan dua orang cucu.

Sehingga kini, hubungan cinta antara Eddie dan Raja Azmi sudah terjalin sejak 5 bulan lalu namun mereka lebih suka merahsiakannya kerana mahu mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu. Di bawah ini, admin ingin berkongsi beberapa keping gambar Eddie CRK yang berjaya menambat hati Raja Azmi.





 

Wednesday, 19 June 2013

Tunang akhirnya minta putus, Shah Jaszle 'serang' teman khalwatnya?

Ramai jangkakan hubungan Shahz Jaszle & Redzwani Puteri bakal bergolak lagi selepas seorang wanita bernama Farah membuka kisah percintaan singkat mereka.

Nyata jangkaan ramai yang memerhati agak mengena apabila sumber kami memberitahu yang Redzwani Puteri telah mengambil keputusan untuk putuskan pertunangan mereka hari ini ekoran apa yang terjadi.


Mungkin kerana sakit hati & bengang dengan keputusan Redawani Puteri untuk putuskan pertunangan, Shahz Jaszle telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khalwatnya, Farah yang menjadi ‘punca’.

Sumber kami yang juga bekerja di bank sama dengan Farah berkata Shahz Jaszle memang benar benar melepaskan amarah beliau petang tadi dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.

Kami tidak menerima butir lanjut tentang pertengkaran antara mereka tadi tetapi yang pasti pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana insiden ini.

Shahz Jaszle & Redzwani Puteri gagal kami hubungi untuk dapatkan pengesahan lanjut.

-Sumber

GAMBAR MESRA HANIS ZALIKHA DISEBAR BEKAS KEKASIH

PERJALANAN sebagai seorang selebriti tidak menjanjikan seseorang itu akan melalui detik-detik indah semata-mata dalam hidupnya.

Sebaliknya, tatkala kaki melangkah ke dalam bidang seni, maka artis tersebut perlulah bersedia berkongsi segala cerita termasuk perihal peribadinya.

Biarpun sedaya upaya ditepis, namun lama kelamaan seseorang itu harus akur bahawa hak privasinya tidak lagi seperti dahulu dan perkara itu diakui sendiri oleh selebriti yang semakin meningkat naik, Hanis Zalikha.

Mengakui tidak selesa dan berasa janggal apabila kisah peribadinya menjadi perhatian, namun akhirnya terpaksa akur bahawa kedudukannya sebagai seorang selebriti tidak memungkinkan dia boleh berbuat demikian.

“Saya akui, pada mulanya saya tidak suka bercakap mengenai hal peribadi, tapi lama-kelamaan saya mula belajar bahawa ada kalanya bukan kerja sahaja diberi perhatian, tetapi juga kehidupan peribadi seseorang artis itu.

“Bagaimanapun saya jadi lebih berjaga-jaga agar perkara yang tidak sepatutnya didedahkan, diketahui umum kerana nanti lain pula jadinya.


“Lagipun saya tak mahu orang salah sangka mengenai penglibatan saya dalam bidang ini. Saya tak mahulah hanya kerana satu perkara remeh, karier saya jadi taruhan,” ujarnya yang mula dikenali menerusi filem Gangster Celop.

Ditebak mengenai gambar mesranya dengan seorang lelaki tersebar di ruang maya minggu lalu, Hanis yang juga pengacara dan blogger terkenal mengakui agak terkejut dan bingung mengenai punca penyebaran gambar tersebut.

“Gambar tersebut diambil dua tahun lepas dan lelaki tersebut adalah bekas teman lelaki saya. Dia yang muat naik gambar tersebut di laman Instagram miliknya.

“Saya pun agak tertanya-tanya apa motif di memuat naik gambar itu. Mungkin dia terkenang kembali kot (ketawa). Mula-mula saya tak kisah mengenai gambar tersebut, tetapi bila keluar di dada akhbar dan ada pula yang kata saya kaki propa, jadi tak seronoklah.

“Bagaimanapun saya difahamkan, dia sendiri sudah memadam gambar tersebut. Apa yang berlaku ini saya anggap sebagai lumrah apabila bergelar artis,” jelasnya.

Rindu berlakon

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, ini mengakui agak rindu untuk kembali berlakon kerana dia kini lebih banyak dihujani tawaran mengacara.

Ujarnya, dia juga berasa bersyukur kerana dalam tempoh setahun namanya melonjak naik daripada seorang penulis blog kepada seorang artis yang dikenali ramai.

“Jika dulu saya sering kata saya mahu mencuba, tapi sekarang saya mula jatuh cinta dan rindu juga untuk kembali berlakon.

“Tapi buat masa ini saya terpaksa fokus dalam bidang pengacaraan. Antara program yang saya buat adalah Muzik Xtra di saluran TVi, Raikan Cinta di Astro Ria dan bakal menjalani penggambaran rancangan Mad Markets di TV9 juga akan dibuat penggambaran untuk musim kedua,” katanya.

Hanis juga mengakui agak berdebar untuk menjadi pengacara di karpet merah sempena Anugerah Blokbuster 2 di samping Tasha Shilla, Hefny Sahad dan Hafizul Kamal pada 15 Jun 2013 ini yang akan bersiaran secara langsung di Astro Ria Saluran 104 pada jam 8.30 malam.

“Ini adalah pengalaman saya yang pertama kali dan saya akui agak gementar. Tetapi dalam masa yang sama saya bersyukur kerana pengalaman saya mengacarakan Muzik Xtra secara siaran langsung sedikit sebanyak membantu saya,” jelasnya.

Jaga penampilan

Berkongsi perubahannya selepas dikenali ramai, Hanis berkata, dia mula menjaga imej apabila keluar kerana ibunya sering berpesan agar berpakaian lebih kemas kerana tidak tahu siapa yang akan dijumpai pada hari itu.

“Dulu saya pakai ikut apa saya suka, tetapi kini saya mula merias diri sedikit. Tetapi tidaklah secara keterlaluan sangat,” katanya yang turut berlakon dalam filem terbaru arahan Aaron Aziz, Kriptik.

SUMBER :

Intan Ladyana Hina Polis!

Filem lakonannya berjudul Kecoh! Hantu Raya Tok Chai pun belum ditayangkan lagi. Namun sewaktu sesi previu bersama media baru-baru ini, ramai yang terkejut dengan imej dan perwatakan anggota polis yang dibawakan oleh Intan Ladyana bersama tiga pelakon lain dalam filem itu.

Menerusi filem pertama arahan Opie Zami itu, Intan melakonkan watak Koperal Lisa yang sering mengharapkan bantuan polis lelaki dan suka mengenakan pelembap bibir setiap masa.

Hal itu sedikit sebanyak memperlihatkan kredibiliti pasukan polis yang tidak menjalankan tugas dengan berhemah sekali gus dilihat seolah-olah memperlekehkan badan beruniform terbabit.


Menjawab tuduhan yang diajukan media, Intan berkata dia hanya mempotreykan watak seorag polis wanita yang kelakar seperti mana yang dikehendaki oleh pengarah. Malah sewaktu penggambaran, beberapa orang anggota polis ditempatkan bersama sepanjang di set, demi mengawal tatacara pelakon.

"Saya melakonkan watak seorang anggota polis wanita pada landasan yang betul, kalau orang nak kutuk saya tidak kisah. Pengarah mahukan watak seorang polis wanita yang kelakar dan adakalanya nampak hilang arah kerana itu sebenarnya yang disukai oleh penonton.

"Lagipun, sepanjang penggambaran beberapa orang anggota polis turut sama berada di lokasi untuk menjaga dan mengawal tertib percakapan dan perlakuan apabila memakai uniform berkenaan," ujarnya.

Selain Intan, watak anggota polis berbeza pangkat turut dijayakan oleh tiga orang pelakon lelaki lain termasuk pelawak Sathiya.

Menerangkan lebih lanjut karakter polis yang diperlihatkan dalam filem yang bakal dutayangkan pada 18 April ini, pengarahnya, Opie Zami memberitahu dia mencorakkan watak-watak tersebut seperti drama kepolisan yang disiarkan di kaca televisyen sebelum ini.

"Anggota polis dalam filem ini sekadar watak saja, begitulah polis yang sering disiarkan di pawagam atau televisyen sebelum ini. Saya cuma potretkan semula menerusi filem saya ini," jelas Opie.

sumber

Gambar Terkini Diana Rafar

Adik beradik kepada selebriti Linda Rafar, Diana Rafar kini semakin jarang didengar khabarnya.Selepas berkahwin dengan pelakon Zamarul Hisham, mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang kini berusia 3 tahun.Jom kita lihat gambar terkini Diana Rafar.





sumber : http://izyan.com/

Monday, 13 August 2012

Miley Cyrus Chops Off Her Hair!

For once … we’re speechless!

Miley Cyrus chopped off her hair Sunday night, documenting the cut in what started as a series of somewhat cryptic Tweets.
After posting a photo of stylist Chris McMillan about to cut off her very blonde bun, the singer wrote, “it’s happening,” followed by, “if you don’t have something nice to say don’t say anything at all. my hair is attached to my head no one else’s and it’s going bye bye.” Five hours later, the deed was done.

“Never felt more me in my whole life,” the bride-to-be wrote, after posting some shots of her sleek new pixie ‘do. “LOVE my hair. feel so happy, pretty, and free.”
During an interview with ABC several years ago, Cyrus seemingly foreshadowed Sunday night’s cut. “One day I’m going to cut my hair like [Twiggy], I know I am” she said, referencing a photo of the British model framed in her dressing room. “I will one day.”
The new look already has at least one anonymous fan; after Cyrus’s cut was complete, she wrote, “someone just told me im prettier than Miley Cyrus.” Tell us: What do you think of the star’s new look?