Isu kes k.h.a.l.wat Shah Jaszle dan Farah Nurizzati Salleh
semakin berlarutan. Mereka dilaporkan gagal mengawal emosi
masing-masing pada sesi pertemuan yang diadakan dengan pihak media di
Bangsar.
Memetik laporan Harian Metro, pertemuan antara Shahz Jaszle dan Farah Nurizzati diadakan di sebuah restoran di Bangsar.
Shahz Jaszle berharap Farah akan menyokong pendiriannya bahawa mereka
tiada sebarang hubungan istimewa. Namun, Farah berkeras bahawa dia sudah
sebulan bergelar kekasih Shah Jaszle. Malah, Farah mengatakan Shahz
sendiri pernah berjanji mahu meninggalkan tunang deminya.
“Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah
bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu
bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta
ada dengan saya,” kata Farah yang tidak ragu-ragu mahu menampilkan saksi
dan bukti lain seperti kandungan SMS sepanjang mereka bersama.
Shahz pula mendakwa dia tidak pernah menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.
“Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil menegakkan
kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan
saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan biasa
yang kebetulan kenal di set penggambaran,” kata Shahz mengikut laporan
akhbar tersebut.
Terdahulu, Shahz dan Farah dice.k.up JAIS pada 16 Mei lalu jam 3 pagi di
Apartment Taman Sri Subang. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda
tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya sekali.
Thursday, 20 June 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment